BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

SaHaBat pyRez..

Search here..

Thursday, May 26, 2011

Kisah Paderi Masuk Islam di Sabah




[Dengan gejala murtad terus bergolak agak elok direnung kembalitemuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah].
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang
dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini
berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985
seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.
Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah
anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah
Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran
saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia
iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di
negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak
ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu
Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke
dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan
agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka
mesti dibaptiskan air suci.

ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima
Krisma

vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan
hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi
di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.
Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati
dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa
yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi
yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa
(Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepadasaya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan
sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan
kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi
yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.
Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan
hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah.

Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya
meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku.
Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku
baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

Wednesday, March 9, 2011

7 kalimah d'Muliakan oleh Allah s.w.t Dan Malaikat!

                       :





Assalamualaikum buat rakan rakan yang dikasihi sekalian.. Ape kabar anda semua? Maafla, agak lama ta updated dan renew entry tuk tatapan kawan kawan semua, InsyaALLAH saya akan isi dan slot kan yang terbaik  dan bermanfaat tuk kita semua, walaupun blog saya ta beberapa menarik dan kemas macam blog  korang, tapi saya pentingkan pengisian serta nilai2 yang positif supaya ianya sampai kepada kita dan sesuatu yang membina.. Mudah mudahan kita dapat kongsi  dan amal kan bersamakan bersama walau pun  ta seberape..

Kadang kala, kita lupa apakah yang sepatutnya kita ungkapkan jika berada dalam situasi yang cemas dan pada rutin harian kita.. Ungkapan seperti, "Alamak,mak engkau,gile engkau, kesialan, ba..,setan" dan ta kurangnye yang mencarut.. Apakah ianye ajaran Rasulullah? Sebagai Muslim kita kena la jaga percakapan dan tertib perbualan.. sembahyang pun kena tertib bukan? Apakah hukumnya kalu kita ta mengikut tertib sembahyang dengan betul? mesti  anda semua tau jawapannya kan? Oleh itu  sebagai umat Islam dan sebagai mengingatkan kawan2 amalkan la  Kalimah ini.. =)

 
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal damengamalkan tujuh kalimah ini
akadimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanywalau sebanyak buih di lautan..


Bismillahhirrahmannirrahim :

Pade tiap2 hendah melakukan sesuatu..



Alhamdulillah:

Pada tiap2 habis melakukan sesuatu..



Astagfirrullah:

Jika kita tersilap melakukan/mengatakan sesuatu yang buruk dan ta elok..


Insyaallah:

Jika kita terniat nak melakukan sesuatu di masa akan datang..



Lahaula wala quwata illah billah:

Bila kita ta dapat  melakukan sesuatu yang agak berak atau mungkin melihat sesuatu yang buruk..



Innalillahi wain na illahirajiun:

Jika kita menghadapi musibah atau melihat kematian..


La ila ha il lallah:

Baca la spancang siang dan malam sokmo mudah mudahan kita tergolong dikalangan orang
yang terpilih oleh Allah s.w.t.

Sunday, March 6, 2011

Kehilangan Cinta Pertama...ku...

 Ya Allah...

Suatu masa dulu,Ketika melangkah je ke alam sekolah menengah.Kat sini la mulanya hidup remaja pada aku,  Masuk form 1 aku berkawan rapat dgn Mohd Ridzuan bin Syafie(Megoo@ wan), Aku kenal ko sejak sekolah rendah darjah 5 lagi kan wan? haha.. mula2 sekolah kt kkb lagi aku knl si wan nie. tapi masa sekola rendah. ta de la rapat pun..Sampaila form3 si meego pun pindah ikut ayahnya kena transfer kerja ke Temerloh.Tapi ko la kawan yang satu kepala ngan aku mase tu kan wan. Ape ko join aku join, ape aku join ko join.. hahaa Tengok kawan kawan laen kehulu kehilir dengan gf/ bf bersama masing masing. Nampak bahagia jer mereka kan. Terfikir jgk aku pun boleh bina kebahagiaan macam diorang. tak pe lah aku kawan jela,bercinta pun xpandai agi pun kicik lagi huhuu.Masa tu ade la terima surat2 cintan nie, yelah masa tu budak sekolah mane mampu nak ade handphone lagi,so communication dgn surat lah kan.Masa tu aku kt sekolah saham aku agak tinggi kot, (perasan dah) hahaa.. Sampaila surat yg diletak bawah meja, dalam beg,ade orang yang sampaikan, hadiah  and coklat pun penah dapat.Kalau bagi duit kan bezz boley aku buat beli apa je aku suka.(demand kan?).Biase la munkin masa tu aku ta layan sangat gurl kt sekolah so mungkin nmpak baek la kot. walaweii gile larh engko ramai peminat ko faiz..hahhaa.Yang nak jadi gf pun ade, tapi aku tolak dengan care baek r and ajak kawan jer yelah ,jaga jugak hati orang kan even ta nak sekalipun dan ade sorang tu tersangkut kat si wan pulak, Pastu kapel ngan ko kan wan? hahaa bahagia kawan aku nie kejap masa tu, cian aku sorang2...Dan ade jugak akak akak senior nak jadikan adek angkat mereka..Dan yang paling aku ta boley lupa,ade larh kawan kepada akak angkat aku nie, seorang senior n beza 4tahun umur ajak aku untuk kapel.Ko ingat lagi ta wan cite nie? haha waaahhh terkedu sebentar masa tu..tak tau nak cakap ape dah, nak kate mimpi,live dpn mata tu nasib baik aku ta ade sakit jantung.. huhuu..Tapi bile difikirkan balik , ragam2 dibangku sekolah ini la akan mewarnai hidup kita dan akan menjadi kenangan kita sepanjang hayat. Kalau tak, ta ade la modal kita nak bercerita pada cucu kita kelak hahaaa..

Alam sekolah menengah cukup banyak pengaruh..yelah kan, semuanya meningkat dewasa dan keinginan nak mencuba sesuatu yang baru dan ape je yg terfikir di kepala masa itu.Tapi syukur lah ,aku masih boleh menilai baik buruk dan bukan lah semua orang boleh dbuat kawan. Berkawan pun kena pilih bukan,Si wan tu la kawan aku .Dia seorang yang aktif sukan macam aku jugak and ko kawan aku yang baik sangat wan.hehe,buat aktiviti pun mesti ngan si wan nyer.. yelah ta kan kita nk ikut kawan yang bawa kita ke arah merosakkan kita?So, dari aku terus hanyut dengan pengaruh yang kurang best masa tu baik aku aktifkan diri pada badan uniform dan sukan di sekolah.

 Selain aktiviti belajar, petangnya aku join kokurikulum di sekolah. Masa tu, boleh dikatakan  hampir setiap hari aku stay back di sekolah.Lagipun aku nie jenis minat kearah benda yang lasak.Aku join PKBM( kadet tentera), memanah hingga ke MSSM, olahraga mewakili sekolah, bola baling, merentas desa dan Chess.

Masa  (4Sains), tinggal la aku sorang, si wan da pindah lorh.Masa tu, aku mewakili sekolah menengah kebangsaan Dato' Haji kamaruddin dalam permainan Chess. Pada hari pertanding aku ke sekolah menengah Kuala Kubu Bharu sendiri je sebab belakang rumah jer sekola tu dan yang laen(4 orang lagi) cikgu aku yang bawak lah sebab mereka berkumpul kat sekolah.Waktu tu, malu wei, aku sorang datang lambat,mentang2 la ko duk dkt yer faiz..hehe masuk dengan selamber muka ta bersalah terus duduk menghadap lawan pertama aku dalam pertandingan chess tu.Game pertama aku menang. fuhh alhamdulillh! Keluar jer dewan pertandingan tu, Fullaaammaakk(macam tgk seorang puteri) cantik tu, seorang gadis( Norshazila bte...) dari sekolah mane entah, mase tu ta knl la.Dia mewakili Smk Batang Kali.Angau aku dibuatnya.Sepanjang dua hari pertanding aku perhati jer dia, nak tegur pun, entah la, ta berani mase tu nak ngorat sebab ta ade pengalaman mungkin hehe dengan hampa, redha jela Dalam hati mungkin ade jodoh xkemane kan..

Selang beberapa minggu lepas tu, mungkin takdir menemukan aku kembali dengan nya, Nak dijadikan cerita, aku  terlalu penat pada hari persekolahan tu, aku sanggup ponteng tusyen and pergi library awam selepas habis study period semata mata nak siapkan excercise Add Math yang bertimbun, malas nk bawak blk kerja kt umah takut tertido and ta sempat buat.Pergi la sorang sorang, masa kat dalam library tu, didatangi seseorang kat sebelah untuk ambil beg pada rak,masa tu aku pegi rak tuk ambil buku yg tertinggal dalam beg.  Wahh,bukan maen laju jantung aku masa tu, dengan perasaan ta percaya dan bagaikan mimpi dsiang hari pulak. Kebetulan masa tu ade seorang kawan tingkatan kt sekolah aku(miera) menegur dia, so ade lah point aku untuk tegur miera skurang kurangnya dia akan perasan aku.Selepas tu, dari miera lah aku kenal dia serba sedikit.. Dan kerana miera juga larh aku dapat hubungi dia dan sejak itu kami berhubung. Ape pun Terima Kasih Banyak miera! Kalu ta kerana miera,mungkin aku ta jumpa da dia lepas tu. Hampir tiga minggu berhubung,ta sangka jugak dia beri respon positif pada aku.kami merancang untuk bertemu. So pada pertemuan pertama, sekejap je bertemu di station bas KKB. dia bawa kawan tuk teman dia ye larh kan kami pun ta pernah kuar bersama. ta sampai 15minit pertemuan dia pun balik. Tapi dia tetap bagi respon baik dan seterusnya merancang pertemuan seterusnya.

 Pertemuan kedua dan seterusnya kami hanya berdua dan ta di temani sape sape lagi.Walaupun pada mulanya hanya kawan, tapi kami rapat dan masing masing menunjukkan tanda suka satu sama laen.Ketika aku cuba mengenali dan menyimpan perasan pertama aku padanya, AKu diberi tahu oleh dia sendiri yang dirinya sudah memiliki teman lelaki. Apakah kesilapan aku tidak bertanya hal itu dari awal?Apakah aku mengganggu  pasangan orang? Walaupun kecewa dan terniat untuk menjauhkan diri dari dia , dia menangis ta mahu kehilangan aku. Dia secara jujur mengaku yang dia juga suka kan aku cuma dia tersepit. Katenye teman lelakinya ta pernah pedulikan dia.Sejak dari itu, aku la tempat die meluahkan perasan sedih sepanjang hubungan bersama teman lelakinya.Dia sangat baik, tapi kenapa ditemukan dengan orang yang salah?Walaupun kecewa, aku cuba untuk menjadi seorang pendengar yang baik dan dalam masa yang sama cuba untuk menjauhkan diri dari dia. Perasaan sayang pada dia,aku ta dapat buang juga.Ape yang tidak dapat disampaikan melalui katak kata, dia cuba untuk smpaikan mealui surat. Disaat aku cuba untuk tidak berjumpa dia lagi, aku dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri ke perkhemahan kokurikulum seni kraf yang dianggotaai oleh pasukan unit beruniform yang cemerlang diperingkat daerah masing2. Aku beritahu yang aku akan pergi satu aktiviti perkhemahan, dia juga ade program dalam masa yamg sama katanya. Kami berjumpa lagi diatas bas yang membawa pelajar yg mewakili daeraah Hulu Selangor.Rupa rupanya kami sama2 mewakili daerah dan ke program yang sama. Ternyata disana kami kembali rapat dan sukar untuk aku buang perasaan sayang pada dia. banyak memory tercipta bersama.Disana juga lah aku berkenalan dengan N seorang kawan rapat dia di sekolah. Setelah pulang dari perkhemahan, aku mendapat abah aku akan bertukat tempat bekerja disebabkan kenaikan pangkat.Terfikir macamane nak khabarkan kat dia? Tentu dia sedih. Aku tekad untuk memberitahu dia disaat akhir aku nk berpindah dan mungkin dia orang terakhir aku akan beritahu.Aku cuba untuk luang masa bersama dia dan cuba untuk menerangkan yang aku akan pergi. Dia mengalirkan air mata dan memberi harapan agar aku bersabar menunggu dia dan dia katekan dia ta sanggup kehilangan aku. Sedih ta terungkap masa tu, ta sanggup rase nak sampaikan berita yang aku akan berpindah.

Dia menghadiahkan Diary yang menceritakan perasaannya selama ini da harapan dia kepada akutanda terima kasih atas kehadiran aku dalam hidup dia.Aku menghadiahkan rantai tanda perkenalan kami. Tiba Hari untuk mengangkat barang dalam rumah ke tempat baru iaitu Kulim Kedah.Saat saat terakhir di KKB aku berlari ke public phone semata mata untuk memberitahu t\yang aku akan berpindah pada hari itu, ternyata, air mata lelaki aku mengalir, jahat ke aku memberitahu die pada saat akhir?Dan dia juga orang terakhir mengetahuinya.   Ternyata dia xdapat menahan kesedihan dan memberikan harapan yang terakhir sebagai semangat untuk aku ke tempat baru. Disana Aku meneruskan persekolahan di tingkatan lima( SPM bebb) dengan membawa harapan tuk mencarinya kembali selepas tamat persekolahan.Beberapa bulan aku di tempat baru, aku cuba menghubunginya, ternyata dia berubah hanya beberapa bulan selepas itu. dan panggilan terakhir ku selepas itu dikhabarkan dengan berita paling sedih dalam hidup aku. Masakan orang yang aku sayang, orang yang menjanjikan harapan kepada aku menyatakan dirinye akan dilamar orang dan meminta supaya aku melupakan dia..

 Hancur segalanya, Takdir menentukan segalanya, Aku berserah kepada Yang Esa, betapa sedih dan kecewa dengan berita itu.Mungkin kerana terlalu kecewa dgn khabar perpindahan aku dan tiada lagi tempat untuk meluahkan perasaan dia lantas menerima lamaran itu. Sebagai seorang lelaki, dan seorang abang aku ta mau kesedihan ini diketahui oleh adek2 yang laen.Biarlah ibuku (ma) sorang yang mengetahui hal ini. Aku ta boleh down kerana Cinta itu semata mata, Aku ade tanggungjawab menanti,aku harus cepat untuk bangun dan lupakan yang berlalu. Aku perlu fokus pada pelajaran di tahun peperiksaan yang akan menentukan masa depan aku. SPM menanti.

Inilah permulaan kisah Cinta aku yang mana membuatkan aku merasai saat Cinta pertama yang lahir dalam hati lelaki aku walaupun hanya beberapa bulan bersamaDan ingat larh Walau sayang,kasih, dan setia mane kita kepada pasangan kita sekalipun, ternyata Allah s.w.t lebih mengetahui yang mane terbaik untuk kita.Dan sebagai hambaNya Kita perlu redha dengan takdir ketentuanNya,  Walaupun tiada jodoh bersama dan belum menjumpai jodoh kita lagi,namun ianya sedikit sebanyak mengajar kita sesuatu nilai dan pengajaran untuk kita tempuh CInta Sejati didepan Hari..Bercita tidak salah dan Ambillah yang positif..Cintailah seseorang yang kita sayang kerana Allah Taala.Dan Ini lah yang dinamakan  Cinta sesama makhluk. Kita semua makhluk Allah yang mana , kite belum tau samada Cinta kita akan kekal milik Kita dan dia atau suatu hari mungkin akan pergi meninggalkan kita dengan sekelip mata  kerana yang pasti Cinta kepada Yang Esa jualah yang akan kekal selamanya! InsyaALLAH.. 

Saturday, March 5, 2011

why i am looking for army...???

Sebut  tentang Askar, saya pasti ramai yang memikirkan ianya kerjaya yang low class ..dan sesuatu yang negatif mengenali askar serta kehidupan seharian askar ketika bertugas mahupun dikhalayak ramai..ini mungkin cerita yang kedengaran oleh mulut2 orang awam dan disebarkan melalui saluran saluran tertentu. Jika anda tidak berminat mengenai askar sekalipun, ta perlulah  ditokok tambah dengan cerita yang anda buat itu.. setakat anda dengar dari mulut kawan2 dan terus anda percaya seratus peratus, menghukum dan menyebarkan tanpa usul periksa.Apakah anda pernah melihat dan telah merasainya sendiri? Inilah mentality sesetengah masyarakat kita pada hari ini yang juga boleh menjatuhkan sesebuah negara jika rakyatnya kita terus berfikiran sedemikian.


Sebagai seorang tentera, saya cukup sedih dan merasai tempiasnya. Terfikirkah anda, Apakah tunjang kekuatan sesebuah negara jika runtuhnya institusi pentadbiran sesebuah negara? Siapakah yang berani untuk menpertahankan negaranya dari anasir luar(musuh negara). Dari manakah terbentuknya sesebuah negara? Saya pasti anda juga punyai jawapan bukan..

Cuba kita bayangkan, anak muda serta kawan2 termasuk diri saya sendiri pada ketika ini, kebanyakannya lahir dalam keadaan yang selesa. boleh dikatakan, celik mata semuanya dah terhidang depan mata. Cukup bertuah kita lahir di bumi Malaysia dengan keadaan politik yang cukup stabil bukan.Itupun kalau ianya berterusan seperti sekarang. Esok lusa kite belum tahu dimana kita dan siapa yang memerintah bukan. Bayangkan jika kita lahir di bumi Palestin dan dinegara2 yang sedang bergolak dengan pergolakan politiknya, perpecahan puak, tiada perpaduan,  celik mata belum tentu kita hidup lagi pada esok hari, dengan bunyi letupan, Roket2 yang lintas atas kepala. Mahukah anda sebegitu rupa barulah kita sedar dan baru nak ungkapkan 'Syukran'? 

Mungkin faktor kesenangan,hiburan melampau dan keselesaan dibumi negara sendiri  pada hari ini membuatkan kita manja, lupa, dan leka akan tanggungjawab kita kepada negara. Apakah sumbangan anda kepada negara anda? Rasulullah sendiri penah berperang dan menyertai angkatan tentera islam menentang musuh islam dan mempertahankan negara madinah. Cuma situasi yang membezakan kita dengan zaman Rasulullah.. 

Askar hari ini dilatih untuk mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa,sudah tentulah latihannya ideal dengan situasi peperangan masa kini. Dari segi persenjataan pun bersesuaian dengan situasi musuh semasa. Kebanyakan orang awam masih takut dan salah anggap mengenai latihan askar. Kononnya pelatih akan diseksa dengan teruk sesuka hati,makan najis dan sebagainya.Pernah ke anda melihat depan mata? Saya tidak nafikan latihan seumpama itu dilakukan terhadap askar2 tetapi  bukanlah sebarangan dan sesuka hati jurulatih kerana telah ditetapkan garis panduannya dan ianya  bersebab demi menjaga kerahsiaan negara kita, dan tahukah anda kesan buruk kepada negara kita jika salah seorang dari tentera malaysia ditawan musuh kelak? Untuk Pengetahuan anda, mudah mudah untuk menjadi seorag askar kerana RAHSIA negara terletak di mulut setiap askar dan tanggungjawab terletak dibahu kami.Maaf jika saya katakan, Seorang askar bukanlah  kerjaya bagi seseorang yang pengecut dan lembik.

Secara peribadi minat saya kepada askar lahir sejak dibangku sekolah. Ketika berusia 13tahun saya terpanggil untuk menyertai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Kejayan demi kejayaan diraih dalam mewakili sekolah,daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan seperti Kawad senjata, Pandu Arah,menembak dan lain2 latihan di bawah naungan rejimen 22Komando yang ketika itu berpangkalan di Kuala Kubu Bharu,Selangor. Penglibatan dalam badan beruniform itulah mendorong saya untuk terus mendalami ilmu dalam askar sehingga kini.

Pada saya, sukar untuk mencari dan  mempelajari ilmu askar diluar mahupun di universiti kecuali anda sendiri menyertai askar.Ilmu askar adalah SULIT dan  cukup luas, dan sesetengahnya adalah fleksibel kepada keadaan semasa. Inilah yang meninbulkan minat saya untuk aktif dalam askar wataniah.Walaupun agak baru dalam askar, dengan ilmu yang saya telah terima, insyaALLAH saya mampu untuk mengetuai  kekuatan satu platun untuk berdepan pihak musuh.

Seseorang itu akan mahir dari segi persenjataan jika di dalam askar. Wajib untuk seseorang askar mengetahui data teknik, cara penggunaan dan menembak dengan setiap senjata yang kita ada dan senjata musuh jika mahu umtuk menewaskan musuh. Minat kepada senjata dan bermain senjata salah satu faktor mengajak sy menyertai askar. Salah bagi setiap individu diluar sana memiliki senjata api atau bahan letupan dan telah dinyatakan didalam Akta senjata api. Didalam askar, pelbagai jenis senjata dal bahan letupan anda akan temui dan akan anda gunakan.Inilah kelebihan yang dimiliki tentera.

Kejayaan sesebuah perperangan bergantung kepada taktikal dan perintah oleh A1(Agong atau panglima). Cukup sukar untuk mempelajari taktikal kerana ianya fleksibel dan berbekalkan ilmu yg cukup serta pengalaman akan memastikan kemenangan di medan tepur. Taktikal juga adalah Rahsia didalam askar namun ia juga menarik minat sy untuk memdalami taktikal ini.       

Apa yang saya nyatakan ni adalah minat2 mendalam saya kepada tentera kerana peranan dan ilmu dalam askar itu.Terus terang sy katakan, semakin lama saya dalam askar semakin tertarik saya untuk lebih mendalami ilmu askar ini.Bukanlah niat saya disini untuk menarik anda mengertai askar,tetapi cukup sekadar berkongsikan sedikit pengetahuan dan dan menerangkan knsep sebenar seta peranan sebenar Army.Soalan akhir saya kepada anda semua, Apakah sumbang anda kepada negara? Tepuk dada dan tanya lah selera anda kerana minat itu datang dari dalam diri.Kerana apa yang saya penah lalui semasa latihan adalah sesuatu yang sukar untuk dikongsikan. Kerana askar itu tiada sempadan.  


KISAH SEORANG GEMBALA KAMBING

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun ampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.


..i luv islam..

Thursday, February 17, 2011

Pesanan hawa kepada adam..

Tlg smpaikn pd Dia..
cinta Agung adlh kpd Penciptanya,cinta mnusia bkl mbuatnya alpa.
Tlg nshti Si Dia..
Jgn mcntaiku lbh dr mcntai Allah yg Maha Esa,
Jgn mdoakan aku lbh dr Ibu bapanya.
Tlg ktakn pdnya
Dhlukn Allah krn di situ adanya syurga.
Tlg ktakn pdnya
Aku terpikt krn imannya bkn rupa & aku lbh cintakn zuhudnya bkn harta.
Tlg sedarkn Si Dia aku milik Yang Esa,
Aku msh milik keluarga..
tggjwbny jg bsr thdp kuarganya.
Tlg sabarkn Si Dia
Jgn ucapkn Cinta slgi cita2 x terlksana,
Andai dia enggn dirapati krn mjga batasan cinta
bila jarak pula menjd penyebab agar bertmbh rndunya.
Tlg khabarkn pdnya
Aku mendambarkn Cinta yg suci yg terjga krna Cinta Allah ternilai hrganya.
Tlg brthu Si Dia krn aku x mampu mbrthunya sdn
Hny engkau Ya Allah mngethui SIAPA DIA dan DI MANA DIA.
Smg Dia adlh se ekor Lebah yg sntiasa mmuji keagungan dan memasuki Taman larangan yg akn menmui Mawar Berduri.
Simpnlh pesananku shgga egkau bertemu driku suatu hari nti...

Tuesday, January 11, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011..

Just say gud byeee 2010..

and

welcome 2011..
....hepi new year.....

clik nuffnang 4 money..

Add This

Share |

hot celcom b.band promotion..

hot celcom b.band promotion..
not rm100 but just only rm50 for upfront payment..let get it now.. contact me!

baik- baik sayang

Related Posts with Thumbnails