BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

SaHaBat pyRez..

Search here..

Tuesday, November 9, 2010

Jom kenali Levi's


Assalamualaikum...


Khas kali nie buat penggemar Levi's, termasuklah tuan punya velog ini, mari kita sama-sama berkongsi pengetahuan mengenai Levi's ini yang sinonim dengan jeans denim pada asalnya. Levi's familiar dengan Seluar jeans yang menjadi trend pada hari ini, dah tak kira golongan lagi, dari baby sampai la datuk-datuk pun ada yang pakainya. Dah macam-macam brand keluaran jeans yang ade di pasaran di seluruh dunia sekarang ni. Tapi you all masih kenal nenek moyang kepada pengasas jeans yang you all pakai hari ini??? haa jom-jom.


Tahukah Anda asal usul jeans?

Sejarah adanya Levis, Haaa .. Jom selongkar, Pada zaman demam emas melanda Amerika di tahun 1848, tersebutlah seorang pemuda berusia 20 tahun dari New York berniat mengadu nasib. Namanya Levi Strauss.
Di tempat asalnya ia adalah seorang penjual pakaian. Strauss berangkat ke California dengan berbekalkan beberapa potong tekstil untuk dijual selama perjalanan ke Barat.
Karena memang dasarnya berbekal nekat belaka, sesampai di California, Levi Strauss telah menjual semua barang yang dimilikinya, kecuali segulung kanvas. Segulung kanvas? Apa gunanya? Siapa yang mau memakai pakaian dibuat dari kanvas? Atau mungkin?
Di California, Strauss perhati punya perhati, bahwa para pekerja tambang memiliki celana yang cepat sekali rusak. Untuk itu Strauss mencoba membuat celana kerja dari bahan kanvas dan menjual celana itu kepada para penambang. Celana dari kanvas itu laku habis. Banyak penmbang membeli celana kanvas dari Strauss. Karena tidak sepenuhnya suka dengan bahan kanvas, Strauss mulai menggunakan bahan lain yang
dipesannya dari Genoa, Italia. Para pemintal di sana menyebut bahan itu “genes”. Strauss mengubah namanya menjadi “jeans”, dan mulailah ia memproduksi celana jeans pertamanya, yang diberi merk “Levi’s”.
tag jeans Levis
Hanya dalam waktu singkat celana ini menjadi “pakaian resmi” para penambang dan koboi, dan akhirnya dapat kita temui sekarang sebagai “pakaian kebangsaan” banyak orang.huhuu..
Logo Ulung Levis

Vintage Levi’s Jeans Guide – Selvedge(kepala kain)
Selvedge juga dikenali sebagai ‘redlines’ atau yang dalam akaimimis japanese bererti ‘kuping merah’ dan juga dipanggil kepala kain dikalangan kita.Ianya terletak di bahagian jahitan dalam pada kaki  jeans. Ini menunjukkan perkembangan vintage atau vintage Levi’s. Generasi pertama dari Levi’s jeans dibuat dengan kain bebek tidak mengandungi redlines atau bluelines. Ianya adalah whitelines atau putih semata-mata.

bluelines
Satu garisan whiteline, tidak ada benang merah atau biru ‘line’ padanya dan hanya putih.Satu Blueline stitch – ditemui di Levi’s 201 dari awal abad ke-20. Paling banyak ditemui saat ini di vintage seperti LVC 201. Terdapat permintaan yang tinggi untuk ketiga-tiga vintage ini.

redlines
Redline adalah yang paling mendapat menmintaan tinggi dikalangan penggemar. Digunakan sehingga pertengahan 1980-an.Redlines juga terdiri daripada Lihat Redline Double Stitch, dan Redline Single Stitch.
CARE TAG(Tag penjagaan)

era1988-1993

era 1993 hingga kini..

LEVI’S BIG E
Jeans yang dikenali sebagai “Big ‘E’” Levis umumnya adalah jeans keluaran sebelum 1971. tradmarknya adalah huruf E pada tab belakang merah. Ianya digunakan dengan ciri pengenalan lain untuk membuktikan keaslian dan perbezaan antara yang tulen dan tiruan.Maka pada hari ini jika you all jumpa Levi's dipasaran Levi's Big 'E' maka memang sah ianya tiruan.

Levi's Big 'E'

 tanda (R) pada tab juga menunjukkan jeans yang dikeluarkan selepas 1950 – Ketika ® mulai muncul sebagai Levi tab merah telah menjadi tanda dagangan berdaftar.
tab tanda (R) dan Levi's small 'e' pada hari ini. 
logo ® menentukan keluaran jeans..
antara perbezaan lain adalah. -3 Digit, 555 atau J, J21 stampings di atas butang atas menunjukkan jenis keluaran jeans 501 stamping biasanya menunjukkan palsu. -Digit stamping diatas butang menunjukkan otentik vintage jeans -Offset tengah tali pinggang, Single Stitch Rear Pockets dan menunjukkan jahitan berwarna Lemon Real Big E Jeans.
jeans levi’s kedua paling popular ialah Vintage 501 Lewi dan tradmarknya ialah ‘single stitch’. keluaran ini dari pertengahan tahun 1970-an .Contoh jika Jeans dengan jahitan satu saku dan kecil ‘e’ pada tab merah itu dibuat antara 1971-1976 (est) – Jika tab merah ‘E’, ianya dibuat sebelum 1971. – Top butang akan selalu mempunyai satu nombor atau huruf tercetak di atasnya. Tripple digit menunjukkan sebuah ‘jahitan ganda’ yang lebih baru. – 6, 2, 5, P ialah butang Common setem. ’6 ‘Yang paling umum. Anda boleh melihat seluar jeans ini disebut sebagai ’66 ‘s’ atau ‘Route 66 Levis’ – ’6 ‘Juga digunakan pada “double stitch’ jeans – yang merupakan langkah di bawah ini.


Gambar dari ‘satu jahitan’ yang terletak di belakang pocket
Perhatikan penempatan jahitan lebih dekat bersama di Bar atas saku belakang kerana garis tunggal jahitan berbeza daripada yang lebih moden dan ‘muda’ vintage Levi’s.
Original atau Tiruan?Bolehkah anda bezakan?

 Mari kita kongsikan sedikit knowledge mengenai perbezaan antara yang Ori(asli) dan yang tiruan (sesetengah orang kata levi's siam).

Ramai yang mempertikaikan soal ori atau tiruan... contohnya, jeng.. jeng..jeng.. Antara orang-orang yang sempat saya tanya sendiri. mari kita selidik  apa kata mereka ini.. huhuu..

Soalan saya kepada mereka: Apa pendapat anda mengenai Jeans Levi's Ori dan Levi's Siam? Yang mana anda pakai sekarang?

Sipolan A: "Aku xkesah je ori ke x, ape brand pun aku sarung jer, asal kan seluar tu seluar jeans dan  aku        berkenan".

Sipolan B: "Masa kat kolej dulu,aku pkai Levi's siam jer,tapi aku nampak abang aku pkai seluar Levi's ori nampak style jugak, aku try pkai dia punya. memang ketara habis,selesa gila. Mulai saat tu aku minat Levi's and sekarang aku dah punyai lebih 10 helai Levi's 501,505, 512 engineer, and etc".

Sipolan C: "Buat ape aku nak buang duit semata2 beli seluar yang Ori?Bukan nya murah, sekurang- kurang RM200++ baru dapat shelai yang Ori. Beli Levi's siam dah dapat 3,4 helai. namanya pun jeans Levi's jugak".

Sipolan D: "Aku seorang yang pentingkan kualiti dan keselesaan. pada aku xsalah kita keluarkan duit sedikit untuk keselesaan dan benda yang tahan lama. Memang mahal sedikit, kualitinya pun lebih.Kalau beli Levi's siam, sekali basuh dah pun luntur warna. seolah-olah aku beli untuk sekali pakai dan  pakai buang".

Hahaa itu lah antara jawapan-jawapan yang mereka berikan.



Levi's Mahal?

Benda yang berkualiti memang mahal la kan.Sebenarnya, Bergantung kepada minat masing-masing. Kalau rasa mampu boleh kita nak dapatkan ape-ape jer barang yang kita hendak sekalipun. Tak salah skali skala kita usaha untuk mendapatkannya asalkan sumbernye adalah halal dan tidah jatuh kepada membazir kalau dibeli dengan kuantiti yang banyak sekaligus.

Sebenarnya saya sendiri antara pemakai Levi's Ori juga, tapi hanya beberapa helai saje. Dan sepanjang saya mengemari Levi's, banyak yang saya dapat belajar dari testimoni sendiri dan dari kajian saya sendiri mahupun tunjuk ajar dari pakcik saya iaitu sifu pasal Levi's Ori.Salute la pakcik aku tu.huhuu.. Apapun ilmu yang sedikit ini akan saya kongsikan dengan you all semua, so di harapkan lepas ini  korang tidak lagi tertipu samada Ori ataupun tiruan dan nilai sendiri dengan pandang jer pun dah tau kan.

Dari segi keselesaan, memang tak dinafikan, Levi's Ori tentu sekali selesa habis la. kalau yang mana dah Pro pasal Levi's ni, pegang kain jeans pun dah tahu samada Ori atau pun tak. setakat basuh guna tangan memang susah luntur dan di galakkan basuh  guna tangan lah dari masuk washing machine. fabric kain jean sesuai dibasuh tangan dan lebih tahan lama. kalau masuk washing machine maka terjejasla fabric rantai bebenang jeans tu.Kalau berpeluh pun kulit still rasa selesa. tak rase gatal-gatal sebabnya fabric kain yang digunakan bagus lah berbanding yang tiruan.

Dari segi fizikal, banyak sebenarnya perbezaan yang boleh kita nampak, cuma sesetengah pemakai tak perasan ataupun mungkin tak ada pengetahuan mengenainya.
Sebagai contoh, Red Tab yang tiruan pada hari ini Big "E".Sedang Levi's Big "E" dipasarkan sebelum 1971 sahaja.Dan selepas itu Levi's menggunakan Tab Levis small "e".

Kebanyakan keluaran Levis pada hari ini dan yang moden hanya menggunakan zip dan bukan lagi Button pada cawat seluar. cukup senang bukan untuk mengenalpasti samada tulen atau tiruan? jika zip sekalipun, Levis mempunyai tradmark tersendiri pada zip iaitu logo Levis dan bukanya YKK.

Zip Levi's sendiri.

Pada poket belakang jeans juga dapat dibezakan samada tulen ataupun tidak. keluaran Levi's sekarang tidak lagi begini..


bentuk "m" pada poket tidak tirus.(tiruan)

bentuk "m" lebih tajam kebawah( tulen).

Antara keunikan Levi's










-Levi's-

Friday, November 5, 2010

Sinar disebalik kegelapan.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Thursday, November 4, 2010

Peringatan tuk You all..

Salam you all,


hat toi yai, ngape mate nie xmo tutup lagi, adehh.. hape punye mate daa, xpe lah kejap lagi mesti lentok atas keyboard jugak nie,, sementara tunggu mate nie collape la an, saya ade 17 peringatan tuk you all.. =)




1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. jodoh lambat!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda..

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif

16. Terlalu banyak usha blog - nanti rosak mata. Dah ... pegi sambung buat kewajipan yang belum lagi you all tunaikan, jangan nak usha blog orang je. hee.he...


17. Terlalu kerap berjaga - boleh la isi borang jadi junior batman Malaysia yer.. hahaa...
dah dah.. jom tido.. huhuu.. 

buat kalian semua,..

Salam buat kalian semua. Maaf ,agak lama saya tak updated blog nie. Almaklumlah saya agak sibuk dengan rutin harian saya dan segelintir hal yang perlu saya bereskan dengan segera. Jadi, bila ade kelapangan yang sedikit, macam biase lah, saya ber fesbok seketika melihat status kawan-kawan dan family, dan saya cuma sempat view my blog jer, takot-takot ade mesej penting dari kawan-kawan dan kalu ade masa,macam biasa juga lah, saya ber YM dengan orang yang tersayang.

Buat you all yang dihormati, terima kasih atas sokongan dan atas keterluangan masa you all untuk singgah di blog saya. Sekurang- kurangnya, kita dapat berkongsi ilmu, pengalaman dan sesuatu yang baru yang dapat mempositifkan kita pada setiap hari insyaALLAH. Disamping itu juga, pada runangan TENTANG AKU, saya selitkan cerita,luahan, peribadi (mungkin) dan perkembangan tentang diri saya.So dapat jugak you all mengenali diri saya serba sedikit bagi mereka-mereka yang belum pernah kenal saya secara 3D.

Pada saya, tidak salah untuk kita kongsikan sedikit ilmu mahupun pengalaman, secara santai, ia lebih mudah sampai kepada pengetahuan kita semua. Ia membuktikan trend masa kini  yang mana begitu besar pengaruh jalur lebar pada hari ini, bukan! 

Saya lebih menekankan info, dan selingan mengenai diri saya agar ianya tidak membosankan kalian semua. Dan di ruangan  COMMENT @ PYREZ you all bole tinggalkan pesanan,saya seorang yang terbuka, saya akan terima teguran, nasihat dan pendapat dari you all sekiranya you all ingin melihat saya terus maju.

InsyaALLAH, sekiranya ada berita terbaru, info dan kelapangan masa, saya akan segera updated dan penuhkan entry saya dengan ilmu umtuk kita kongsikan bersama.


..Selamat maju jaya..

dan
..salam 1 Malaysia..

Wednesday, November 3, 2010

akal fikiran


Ciri-ciri manusia yang menggunakan akal:

pertama

mengenepikan kemuliaan dunia dan tidak harap disanjung

kedua

membuang dan menjauhi sifat takabbur (membesar diri)

ketiga

suka kepada kerja amal dan ibadat

keempat

amat gemar melakukan kebajikan

kelima

benci kepada semua sifat kejahatan

keenam

amat mengasihi orang yang berilmu dan baik adab

ketujuh

membalas jasa orang kepadanya

kelapan

segera menjelaskan hutang

kesembilan

meninggalkan sifat marah

kesepuluh

murah hati, manis mulut dan suka membantu dan sedekah

kesebelas

baik serta belas kepada kaum kerabat

kedua belas

tidak mahu mengambil dan makan barang dan makanan yang haram

ketiga belas

sedia di"kena"kan (diperlakukan yang tidak baik) tetapi tidak mahu mengenakan

keempat belas

benci kepada manusia yang suka membesar diri dan bermegah-megah


kesempurnaan

Itulah sifat manusia yang mempunyai "akal". dan sesiapa yang dapat memakainya maka IA ADALAH SEMPURNA DI DUNIA DAN AKHIRAT.  Selamatlah dia di dunia dan juga akhirat walaupun tidak tahu membaca dan menulis.


perhatian
SEKURANG-KURANGNYA MANUSIA YANG MEMPUNYAI "AKAL" ITU IALAH MEREKA YANG MENINGGALKAN KEMULIAAN DUNIA DAN TIDAK SOMBONG DAN BONGKAK (tidak menyombong diri).




Akal ialah tapak dan hamparan kepada "ILMU". 


"ILMU" pula adalah makanan bagi "ROH"

clik nuffnang 4 money..

Add This

Share |

hot celcom b.band promotion..

hot celcom b.band promotion..
not rm100 but just only rm50 for upfront payment..let get it now.. contact me!

baik- baik sayang

Related Posts with Thumbnails