Khas kali nie buat penggemar Levi's, termasuklah tuan punya velog ini, mari kita sama-sama berkongsi pengetahuan mengenai Levi's ini yang sinonim dengan jeans denim pada asalnya. Levi's familiar dengan Seluar jeans yang menjadi trend pada hari ini, dah tak kira golongan lagi, dari baby sampai la datuk-datuk pun ada yang pakainya. Dah macam-macam brand keluaran jeans yang ade di pasaran di seluruh dunia sekarang ni. Tapi you all masih kenal nenek moyang kepada pengasas jeans yang you all pakai hari ini??? haa jom-jom.
Tahukah Anda asal usul jeans?
Sejarah adanya Levis, Haaa .. Jom selongkar, Pada zaman demam emas melanda Amerika di tahun 1848, tersebutlah seorang pemuda berusia 20 tahun dari New York berniat mengadu nasib. Namanya Levi Strauss.
Di tempat asalnya ia adalah seorang penjual pakaian. Strauss berangkat ke California dengan berbekalkan beberapa potong tekstil untuk dijual selama perjalanan ke Barat.
Karena memang dasarnya berbekal nekat belaka, sesampai di California, Levi Strauss telah menjual semua barang yang dimilikinya, kecuali segulung kanvas. Segulung kanvas? Apa gunanya? Siapa yang mau memakai pakaian dibuat dari kanvas? Atau mungkin?
Di California, Strauss perhati punya perhati, bahwa para pekerja tambang memiliki celana yang cepat sekali rusak. Untuk itu Strauss mencoba membuat celana kerja dari bahan kanvas dan menjual celana itu kepada para penambang. Celana dari kanvas itu laku habis. Banyak penmbang membeli celana kanvas dari Strauss. Karena tidak sepenuhnya suka dengan bahan kanvas, Strauss mulai menggunakan bahan lain yang
dipesannya dari Genoa, Italia. Para pemintal di sana menyebut bahan itu “genes”. Strauss mengubah namanya menjadi “jeans”, dan mulailah ia memproduksi celana jeans pertamanya, yang diberi merk “Levi’s”.
dipesannya dari Genoa, Italia. Para pemintal di sana menyebut bahan itu “genes”. Strauss mengubah namanya menjadi “jeans”, dan mulailah ia memproduksi celana jeans pertamanya, yang diberi merk “Levi’s”.
![]() |
tag jeans Levis |
Hanya dalam waktu singkat celana ini menjadi “pakaian resmi” para penambang dan koboi, dan akhirnya dapat kita temui sekarang sebagai “pakaian kebangsaan” banyak orang.huhuu..
![]() |
Logo Ulung Levis |
Vintage Levi’s Jeans Guide – Selvedge(kepala kain)
Selvedge juga dikenali sebagai ‘redlines’ atau yang dalam akaimimis japanese bererti ‘kuping merah’ dan juga dipanggil kepala kain dikalangan kita.Ianya terletak di bahagian jahitan dalam pada kaki jeans. Ini menunjukkan perkembangan vintage atau vintage Levi’s. Generasi pertama dari Levi’s jeans dibuat dengan kain bebek tidak mengandungi redlines atau bluelines. Ianya adalah whitelines atau putih semata-mata.
bluelines |
Satu garisan whiteline, tidak ada benang merah atau biru ‘line’ padanya dan hanya putih.Satu Blueline stitch – ditemui di Levi’s 201 dari awal abad ke-20. Paling banyak ditemui saat ini di vintage seperti LVC 201. Terdapat permintaan yang tinggi untuk ketiga-tiga vintage ini.
redlines |
Redline adalah yang paling mendapat menmintaan tinggi dikalangan penggemar. Digunakan sehingga pertengahan 1980-an.Redlines juga terdiri daripada Lihat Redline Double Stitch, dan Redline Single Stitch.
CARE TAG(Tag penjagaan)
era1988-1993 |
era 1993 hingga kini.. |
LEVI’S BIG E
Jeans yang dikenali sebagai “Big ‘E’” Levis umumnya adalah jeans keluaran sebelum 1971. tradmarknya adalah huruf E pada tab belakang merah. Ianya digunakan dengan ciri pengenalan lain untuk membuktikan keaslian dan perbezaan antara yang tulen dan tiruan.Maka pada hari ini jika you all jumpa Levi's dipasaran Levi's Big 'E' maka memang sah ianya tiruan.
![]() |
Levi's Big 'E' tanda (R) pada tab juga menunjukkan jeans yang dikeluarkan selepas 1950 – Ketika ® mulai muncul sebagai Levi tab merah telah menjadi tanda dagangan berdaftar. |
tab tanda (R) dan Levi's small 'e' pada hari ini. |
logo ® menentukan keluaran jeans..
antara perbezaan lain adalah. -3 Digit, 555 atau J, J21 stampings di atas butang atas menunjukkan jenis keluaran jeans 501 stamping biasanya menunjukkan palsu. -Digit stamping diatas butang menunjukkan otentik vintage jeans -Offset tengah tali pinggang, Single Stitch Rear Pockets dan menunjukkan jahitan berwarna Lemon Real Big E Jeans.
jeans levi’s kedua paling popular ialah Vintage 501 Lewi dan tradmarknya ialah ‘single stitch’. keluaran ini dari pertengahan tahun 1970-an .Contoh jika Jeans dengan jahitan satu saku dan kecil ‘e’ pada tab merah itu dibuat antara 1971-1976 (est) – Jika tab merah ‘E’, ianya dibuat sebelum 1971. – Top butang akan selalu mempunyai satu nombor atau huruf tercetak di atasnya. Tripple digit menunjukkan sebuah ‘jahitan ganda’ yang lebih baru. – 6, 2, 5, P ialah butang Common setem. ’6 ‘Yang paling umum. Anda boleh melihat seluar jeans ini disebut sebagai ’66 ‘s’ atau ‘Route 66 Levis’ – ’6 ‘Juga digunakan pada “double stitch’ jeans – yang merupakan langkah di bawah ini.
![]() |
Gambar dari ‘satu jahitan’ yang terletak di belakang pocket |
![]() |
Perhatikan penempatan jahitan lebih dekat bersama di Bar atas saku belakang kerana garis tunggal jahitan berbeza daripada yang lebih moden dan ‘muda’ vintage Levi’s. |
Original atau Tiruan?Bolehkah anda bezakan?
Mari kita kongsikan sedikit knowledge mengenai perbezaan antara yang Ori(asli) dan yang tiruan (sesetengah orang kata levi's siam).
Ramai yang mempertikaikan soal ori atau tiruan... contohnya, jeng.. jeng..jeng.. Antara orang-orang yang sempat saya tanya sendiri. mari kita selidik apa kata mereka ini.. huhuu..
Soalan saya kepada mereka: Apa pendapat anda mengenai Jeans Levi's Ori dan Levi's Siam? Yang mana anda pakai sekarang?
Sipolan A: "Aku xkesah je ori ke x, ape brand pun aku sarung jer, asal kan seluar tu seluar jeans dan aku berkenan".
Sipolan B: "Masa kat kolej dulu,aku pkai Levi's siam jer,tapi aku nampak abang aku pkai seluar Levi's ori nampak style jugak, aku try pkai dia punya. memang ketara habis,selesa gila. Mulai saat tu aku minat Levi's and sekarang aku dah punyai lebih 10 helai Levi's 501,505, 512 engineer, and etc".
Sipolan C: "Buat ape aku nak buang duit semata2 beli seluar yang Ori?Bukan nya murah, sekurang- kurang RM200++ baru dapat shelai yang Ori. Beli Levi's siam dah dapat 3,4 helai. namanya pun jeans Levi's jugak".
Sipolan D: "Aku seorang yang pentingkan kualiti dan keselesaan. pada aku xsalah kita keluarkan duit sedikit untuk keselesaan dan benda yang tahan lama. Memang mahal sedikit, kualitinya pun lebih.Kalau beli Levi's siam, sekali basuh dah pun luntur warna. seolah-olah aku beli untuk sekali pakai dan pakai buang".
Hahaa itu lah antara jawapan-jawapan yang mereka berikan.
Levi's Mahal?
Benda yang berkualiti memang mahal la kan.Sebenarnya, Bergantung kepada minat masing-masing. Kalau rasa mampu boleh kita nak dapatkan ape-ape jer barang yang kita hendak sekalipun. Tak salah skali skala kita usaha untuk mendapatkannya asalkan sumbernye adalah halal dan tidah jatuh kepada membazir kalau dibeli dengan kuantiti yang banyak sekaligus.
Sebenarnya saya sendiri antara pemakai Levi's Ori juga, tapi hanya beberapa helai saje. Dan sepanjang saya mengemari Levi's, banyak yang saya dapat belajar dari testimoni sendiri dan dari kajian saya sendiri mahupun tunjuk ajar dari pakcik saya iaitu sifu pasal Levi's Ori.Salute la pakcik aku tu.huhuu.. Apapun ilmu yang sedikit ini akan saya kongsikan dengan you all semua, so di harapkan lepas ini korang tidak lagi tertipu samada Ori ataupun tiruan dan nilai sendiri dengan pandang jer pun dah tau kan.
Dari segi keselesaan, memang tak dinafikan, Levi's Ori tentu sekali selesa habis la. kalau yang mana dah Pro pasal Levi's ni, pegang kain jeans pun dah tahu samada Ori atau pun tak. setakat basuh guna tangan memang susah luntur dan di galakkan basuh guna tangan lah dari masuk washing machine. fabric kain jean sesuai dibasuh tangan dan lebih tahan lama. kalau masuk washing machine maka terjejasla fabric rantai bebenang jeans tu.Kalau berpeluh pun kulit still rasa selesa. tak rase gatal-gatal sebabnya fabric kain yang digunakan bagus lah berbanding yang tiruan.
Dari segi fizikal, banyak sebenarnya perbezaan yang boleh kita nampak, cuma sesetengah pemakai tak perasan ataupun mungkin tak ada pengetahuan mengenainya.
Sebagai contoh, Red Tab yang tiruan pada hari ini Big "E".Sedang Levi's Big "E" dipasarkan sebelum 1971 sahaja.Dan selepas itu Levi's menggunakan Tab Levis small "e".
Kebanyakan keluaran Levis pada hari ini dan yang moden hanya menggunakan zip dan bukan lagi Button pada cawat seluar. cukup senang bukan untuk mengenalpasti samada tulen atau tiruan? jika zip sekalipun, Levis mempunyai tradmark tersendiri pada zip iaitu logo Levis dan bukanya YKK.
![]() |
Zip Levi's sendiri. |
Pada poket belakang jeans juga dapat dibezakan samada tulen ataupun tidak. keluaran Levi's sekarang tidak lagi begini..
![]() |
bentuk "m" pada poket tidak tirus.(tiruan) |
![]() |
bentuk "m" lebih tajam kebawah( tulen). |
Antara keunikan Levi's
-Levi's-
0 komen pada saya:
Post a Comment