BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

SaHaBat pyRez..

Search here..

Saturday, March 5, 2011

why i am looking for army...???

Sebut  tentang Askar, saya pasti ramai yang memikirkan ianya kerjaya yang low class ..dan sesuatu yang negatif mengenali askar serta kehidupan seharian askar ketika bertugas mahupun dikhalayak ramai..ini mungkin cerita yang kedengaran oleh mulut2 orang awam dan disebarkan melalui saluran saluran tertentu. Jika anda tidak berminat mengenai askar sekalipun, ta perlulah  ditokok tambah dengan cerita yang anda buat itu.. setakat anda dengar dari mulut kawan2 dan terus anda percaya seratus peratus, menghukum dan menyebarkan tanpa usul periksa.Apakah anda pernah melihat dan telah merasainya sendiri? Inilah mentality sesetengah masyarakat kita pada hari ini yang juga boleh menjatuhkan sesebuah negara jika rakyatnya kita terus berfikiran sedemikian.


Sebagai seorang tentera, saya cukup sedih dan merasai tempiasnya. Terfikirkah anda, Apakah tunjang kekuatan sesebuah negara jika runtuhnya institusi pentadbiran sesebuah negara? Siapakah yang berani untuk menpertahankan negaranya dari anasir luar(musuh negara). Dari manakah terbentuknya sesebuah negara? Saya pasti anda juga punyai jawapan bukan..

Cuba kita bayangkan, anak muda serta kawan2 termasuk diri saya sendiri pada ketika ini, kebanyakannya lahir dalam keadaan yang selesa. boleh dikatakan, celik mata semuanya dah terhidang depan mata. Cukup bertuah kita lahir di bumi Malaysia dengan keadaan politik yang cukup stabil bukan.Itupun kalau ianya berterusan seperti sekarang. Esok lusa kite belum tahu dimana kita dan siapa yang memerintah bukan. Bayangkan jika kita lahir di bumi Palestin dan dinegara2 yang sedang bergolak dengan pergolakan politiknya, perpecahan puak, tiada perpaduan,  celik mata belum tentu kita hidup lagi pada esok hari, dengan bunyi letupan, Roket2 yang lintas atas kepala. Mahukah anda sebegitu rupa barulah kita sedar dan baru nak ungkapkan 'Syukran'? 

Mungkin faktor kesenangan,hiburan melampau dan keselesaan dibumi negara sendiri  pada hari ini membuatkan kita manja, lupa, dan leka akan tanggungjawab kita kepada negara. Apakah sumbangan anda kepada negara anda? Rasulullah sendiri penah berperang dan menyertai angkatan tentera islam menentang musuh islam dan mempertahankan negara madinah. Cuma situasi yang membezakan kita dengan zaman Rasulullah.. 

Askar hari ini dilatih untuk mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa,sudah tentulah latihannya ideal dengan situasi peperangan masa kini. Dari segi persenjataan pun bersesuaian dengan situasi musuh semasa. Kebanyakan orang awam masih takut dan salah anggap mengenai latihan askar. Kononnya pelatih akan diseksa dengan teruk sesuka hati,makan najis dan sebagainya.Pernah ke anda melihat depan mata? Saya tidak nafikan latihan seumpama itu dilakukan terhadap askar2 tetapi  bukanlah sebarangan dan sesuka hati jurulatih kerana telah ditetapkan garis panduannya dan ianya  bersebab demi menjaga kerahsiaan negara kita, dan tahukah anda kesan buruk kepada negara kita jika salah seorang dari tentera malaysia ditawan musuh kelak? Untuk Pengetahuan anda, mudah mudah untuk menjadi seorag askar kerana RAHSIA negara terletak di mulut setiap askar dan tanggungjawab terletak dibahu kami.Maaf jika saya katakan, Seorang askar bukanlah  kerjaya bagi seseorang yang pengecut dan lembik.

Secara peribadi minat saya kepada askar lahir sejak dibangku sekolah. Ketika berusia 13tahun saya terpanggil untuk menyertai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Kejayan demi kejayaan diraih dalam mewakili sekolah,daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan seperti Kawad senjata, Pandu Arah,menembak dan lain2 latihan di bawah naungan rejimen 22Komando yang ketika itu berpangkalan di Kuala Kubu Bharu,Selangor. Penglibatan dalam badan beruniform itulah mendorong saya untuk terus mendalami ilmu dalam askar sehingga kini.

Pada saya, sukar untuk mencari dan  mempelajari ilmu askar diluar mahupun di universiti kecuali anda sendiri menyertai askar.Ilmu askar adalah SULIT dan  cukup luas, dan sesetengahnya adalah fleksibel kepada keadaan semasa. Inilah yang meninbulkan minat saya untuk aktif dalam askar wataniah.Walaupun agak baru dalam askar, dengan ilmu yang saya telah terima, insyaALLAH saya mampu untuk mengetuai  kekuatan satu platun untuk berdepan pihak musuh.

Seseorang itu akan mahir dari segi persenjataan jika di dalam askar. Wajib untuk seseorang askar mengetahui data teknik, cara penggunaan dan menembak dengan setiap senjata yang kita ada dan senjata musuh jika mahu umtuk menewaskan musuh. Minat kepada senjata dan bermain senjata salah satu faktor mengajak sy menyertai askar. Salah bagi setiap individu diluar sana memiliki senjata api atau bahan letupan dan telah dinyatakan didalam Akta senjata api. Didalam askar, pelbagai jenis senjata dal bahan letupan anda akan temui dan akan anda gunakan.Inilah kelebihan yang dimiliki tentera.

Kejayaan sesebuah perperangan bergantung kepada taktikal dan perintah oleh A1(Agong atau panglima). Cukup sukar untuk mempelajari taktikal kerana ianya fleksibel dan berbekalkan ilmu yg cukup serta pengalaman akan memastikan kemenangan di medan tepur. Taktikal juga adalah Rahsia didalam askar namun ia juga menarik minat sy untuk memdalami taktikal ini.       

Apa yang saya nyatakan ni adalah minat2 mendalam saya kepada tentera kerana peranan dan ilmu dalam askar itu.Terus terang sy katakan, semakin lama saya dalam askar semakin tertarik saya untuk lebih mendalami ilmu askar ini.Bukanlah niat saya disini untuk menarik anda mengertai askar,tetapi cukup sekadar berkongsikan sedikit pengetahuan dan dan menerangkan knsep sebenar seta peranan sebenar Army.Soalan akhir saya kepada anda semua, Apakah sumbang anda kepada negara? Tepuk dada dan tanya lah selera anda kerana minat itu datang dari dalam diri.Kerana apa yang saya penah lalui semasa latihan adalah sesuatu yang sukar untuk dikongsikan. Kerana askar itu tiada sempadan.  


0 komen pada saya:

clik nuffnang 4 money..

Add This

Share |

hot celcom b.band promotion..

hot celcom b.band promotion..
not rm100 but just only rm50 for upfront payment..let get it now.. contact me!

baik- baik sayang

Related Posts with Thumbnails