BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

SaHaBat pyRez..

Search here..

Thursday, September 30, 2010

Tasik Kenyir diisytihar zon bebas cukai 2012

Status bakal berubah jadi pusat beli-belah, pelancongan

KUALA TERENGGANU: Tasik Kenyir di Hulu Terengganu dijangka berubah wajah daripada pusat memancing dan alam sekitar kepada tempat membeli belah tersohor seperti Langkawi dan Labuan selepas diisytiharkan kawasan bebas cukai pada 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam mengumumkan Kementerian Kewangan sudah meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah kawasan bebas cukai di situ.

Bagi merealisasikan sebuah kawasan bebas cukai yang serba lengkap, kerajaan negeri sedang giat melaksanakan pembangunan prasarana termasuk Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam yang dirancang dibina di Pulau Bayas, selain mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet, katanya selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, semalam.
Beliau berkata, status Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai akan membantu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri dan rakyatnya, terutama penduduk setempat.

Kita harap ini akan menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan Terengganu. Selama ini kita anggap Tasik Kenyir sebagai sebuah tasik yang 'tidur'. Hampir 30 tahun tidak ada kegiatan dan pembangunan.

Alhamdulillah, dengan pembangunan kawasan bebas cukai dan konsep Island Hopping yang kita perkenalkan, tarikan rangka manusia prasejarah di Gunung Bewah, ia akan menjadi destinasi tarikan pelancong.

Selain itu, langkah Majlis Tindakan Fizikal Negara yang bersetuju menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebagai lapangan terbang antarabangsa sudah pasti mewujudkan sinergi untuk menyemarakkan sektor pelancongan Terengganu.
Apabila siap lebuh raya yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, jarak perjalanan dari LTSM ke Tasik Kenyir dijangka hanya mengambil masa 35 hingga 40 minit saja.

Kita juga memikirkan untuk membina 300 unit chalet tiga hingga lima bintang di Pulau Serindit untuk memenuhi keperluan pengunjung, katanya.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan prasarana pelancongan di Tasik Kenyir, antara lain menempatkan taman tema air di Pulau Besar, Taman Orkid, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Taman Herba, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Taman Anggur.

Saya akui, ketika mula bincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau juga agak berat (keberatan meluluskan), tetapi saya yakinkan beliau. Tasik Kenyir juga tidak kurang hebatnya, malah lebih unik kerana ia adalah sebuah tasik menempatkan lebih 340 pulau.

Kita sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana meluluskan permohonan ini, katanya.

dipetik dari BERITA HARIAN!

0 komen pada saya:

clik nuffnang 4 money..

Add This

Share |

hot celcom b.band promotion..

hot celcom b.band promotion..
not rm100 but just only rm50 for upfront payment..let get it now.. contact me!

baik- baik sayang

Related Posts with Thumbnails