namewee
Sejak akhir-akhir ini ade individu yang cuba memainkan sentimen kaum dan tidak menghormati serta mempertikaikan hak dan kedudukkan orang Melayu yang sememangnya termaktub di dalam perlembagaan negara Malaysia.
Baru-baru ini seorang blogger dan penulis lirik yang menamakan diri beliau sebagai'Namewee' telah menimbulkan isu-isu sensitif di dalam klip video yang di muat turun di You Tube. Sebelum ini tidak beberapa lama dulu beliau telah menimbulkan kontroversi dengan mempersendakan lagu kebangsaan kita 'NegaraKu' kepada 'NegaraKuku'. Terbaru beliau telah menaik turun sebuah video klip yang menyinggung perasaan orang Melayu dan boleh menimbulkan isu perkauman.Selain 'Namewee' ade jugak individu-individu dan persatuan NGO yang cuba mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Mereka cuba meniupkan api perkauman di negara ini.
"Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoalkan atau mempertikaikan Perkara 153 dalam perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah tidak memahami perlembagaan negara" kata pakar sejarah,Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.
Hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu telah pun ditetapkan sejak zaman dahulu lagi ketika zaman pemerintahan British.Apabila kerajaan British sampai ke Tanah Melayu mereka telah pun mengiktiraf kerajaan Melayu yang telah ada pada masa itu.
Orang-orang bukan Melayu yang berada di Semenanjung Malaysia bukan rakyat Raja pada masa itu. Mereka hanya boleh memohon menjadi warganegara apabila Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan pada 1 Feb 1948.
Tolong ler jangan ada lagi individu yang cuba untuk membakar atau memanaskan lagi isu berkaitan kaum lebih-lebih lagi isu berkaitan orang Melayu kerana sudah terbukti dan termaktub dalam perlembagaan negara kita kedudukan istimewa orang Melayu.........

0 komen pada saya:
Post a Comment